Friday, March 9, 2012

SISTEM PERSIDANGAN VIDEO

VIDEO COMFERENCING SYSTEM ATAU SISTEM PERSIDANGAN VIDEO

DEFINISI
Sistem sidang video merupakan satu teknologi yang menarik dan banyak memberi peluang kepada kita untuk berkomunikasi. Kata akar ‘tele yang berasal daripada perkataan Greek bermaksud ‘pada jarak’ atau sesuatu yang dapat berhubung pada jarak jauh.
Persidang video ini merupakan komunikasi dua hala iaitu antara penyampai dengan penerima mesej melalui rangkaian audio atau video yang dapat dilakukan secara ‘live’ di hadapan skrin komputer’.Ini bermakna kita boleh melihat dan mendengar semasa kawan atau sesiapa bercakap dengan kita.Pada masa ini, sudah ada penggunaan isyarat digital untuk mengproses mesej audio supaya maklumat tersebut disimpan.
 Sidang video atau juga dikenali sebagai Telepersidang video atau Telekonferens video singkatan bagi VTC. VTC merupakan satu teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi untuk berinteraksi melalui penghantaran video dan audio melalui dua hala secara serentak.
Secara kesimpulannya, persidangan video ini membolehkan individu yang bekerja dalam kumpulan untuk berkomunikasi antara satu sama lain walaupun berjauhan.Dan kebiasaannya persidangan video dilakukan oleh organisasi yang mempunyai rangkaian cawangan,stesen atau staff yang berada jauh dari ibu pejabat bagi membolehkan pertukaran maklumat yang dilakukan serta persidangan video dalam talian.



TUJUAN ATAU KEGUNAAN SIDANG VIDEO
Sidang  video ini bertujuan memudahkan komunikasi supaya komunikasi antara manusia tidak terbalas. Sidang video ini menggunakan telekomunikasi audio dan video bertujuan untuk menghubungkan orang di beberapa tempat untuk bermesyuarat. Hal ini boleh memudahkan perbualan di antara dua orang dalam pejabat persendirian atau melibatkan beberapa orang yang lebih daripada seorang di dalam bilik besar di setiap tempat.
Selain untuk penghantaran melalui visual mesyuarat, sidang video ini boleh digunakan untuk berkongsi dokumen dan maklumat tersebut boleh dipaparan di komputer dan papan putih.Contoh kegunaan lain untuk persidangan video adalah untuk pendidian, presentation atau perbentangan, perkongsian kerja antara penyelidik dan untuk berkomunikasi.

BENTUK PENGHANTARAN PERSIDANGAN VIDEO
Bentuk penghantaran persidangan video adalah melalui penyiaran secara internet, IP, dan ISDN iaitu “Integrated Services Digital Network”.

KEBAIKAN PERSIDANGAN VIDEO
            Antara kebaikan atau kelebihan persidangan video ini adalah bagi orang yang bekerja menggunakan persidangan video ini mereka dapat melihat dan mendengar pekerja yang bekerjasama dalam menyempurnakan sesuatu kerja walaupun berjauhan antara satu sama lain. Selain itu, dengan adanya persidangan video ini dapat meningkatkan komunikasi mereka yang berhubung. Justeru itu, dapat menjimatkan kos iaitu dari segi kos pengankutan. Contohnya sebuah syarikat A ingin mengadakan mesyuarat dengan syarikat B. Contohnya Syarikat A di Amerika Syarikat manakala Syarikat B di Malaysia. Dengan lebih muda mereka boleh menggunakan persidangan video sahaja tanpa perlu untuk ke Amerika Syarikat.Hal ini telah menjimatkan masa dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk ke Amerika Syarikat.
            Antara kebaikannya persidangan video ini ialah kita boleh bertukar-tukar maklumat. Contonya maklumat mengenai tips-tips peniagaan yang maju maka kita boleh mendapat maklumat tersebut daripada orang lain.Selain itu, persidangan video ini pula mudah dan cepat. Contohnya maklumat yang ingin disampai di Amerika Syarikat tidak perlu dikirim melalui pos atau pun pihak di Amerika Syarikat untuk datang di Malaysia untuk adakan mesyuarat tersebut, malah dengan ada persidangan video ini pihak syarikat tersebut boleh mengadakan mesyuarat dengan menggunakan persidangan video ini sahaja.
            Antara kebaikan yang lain ialah tidak perlu berada ditempat yang sama untuk berkomunikasi. Contohnya Syarikat A di Sabah dan Syarikat B di Melaka. Tidak semestinya mereka perlu berada ditempat yang sama untuk berkomunikasi atau berhubung. Selain itu, persidangan video boleh dilakukan dengan jarak yang jauh walaupun berada di luar negara atau negeri.PMemudahkan perbincangan atau persidangan pada jarak yang jauh.

KEBURUKAN PERSIDANGAN VIDEO
Antara kelemahan untuk persidangan video ini ialah pertama ialah kos. Kos memainkan peranan kerana belanja yang perlu dikeluarkan unttuk menyediakan peralatan atau rangkaian talian memerlukan wang yang banyak.
Antara keburukan yang lain ialah tidak semua company yang ada peralatan video.Peralatan untuk persidangan video agak mahal.Selain itu, kelemahan yang lain ialah ia bergantung jalur lebar untuk berkomunikasi. Contohnya jika kita pakai broadband atau wireless ia bergantung pada jalur lebar tersebut sebab kadang kala line kurang baik dan lambat.
Kelemahan yang lain ialah dari segi keselamatannya. Persidangan video ini adakalanya tidak tejamin. Selain itu tidak semua urusan dapat dilaksanakan menggunakan persidangan video.

ANTARA CONTOH SISTEM PERSIDANGAN VIDEO
Antara contoh persidangan video yang berlesen seperti skype, facebook iaitu daripada facebook chat, yahoo message atau pun YM, 3G ataupun
KESIMPULANNYA
Dalam era pembabngunan maklumat adalah tidak dinafikan betapa besarnya peranan dan fungsi computer dan telefon sebagai media dan teknologi komunikasi untuk menghebah dan mendapat maklumat terkini. Selain itu, sistem persidangan video juga memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat.

Wednesday, February 8, 2012

Latihan 8

Tonton video di bawah ini dengan teliti.Kemudian,jelaskan isi tersirat yang ingin disampaikan dalam Pantun Budi tersebut.

Latihan 7

Tonton video di bawah ini dengan teliti.Kemudian,jelaskan mengapa abah Aiman tidak menunaikan permintaan-permintaan Aiman.





LATIHAN 6


Tonton video di bawah ini dengan teliti.  Kemudian,senaraikan tiga pengajaran yang boleh didapati daripada video tersebut.




Thursday, February 2, 2012

Latihan 5



Setiap butiran di bawah ini mengandungi dua ayat tunggal.  Sambungkan ayat-ayat itu dengan kata penghubung yang sesuai supaya menjadi satu ayat yang betul.  Tuliskan jawapan kamu itu di ruangan yang disediakan.

1     John suka main bola sepak.  Gopal suka main bola sepak.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________

2     Hasnah menangis.  Wang perbelanjaannya telah hilang.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________

3     Loceng telah berbunyi.  Ramai murid masih makan.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________
4     Ikan itu masih hidup.  Ikan itu sudah mati.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________

5     Saya akan pergi ke rumah awak.  Saya ada masa lapang.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________

Latihan 4

Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima tempat kosong.  Tuliskan perkataan yang paling sesuai untuk setiap tempat kosong itu bagi melengkapkan jalan ceritanya.

      
       Ada seorang nelayan.  Rumahnya di sebuah kampung di tepi (1)____________.  Pagi-pagi lagi dia sudah bangun.  Dia (2)____________ kopi dan makan roti.  Selepas itu (3)____________mengambil jala dan alat-alat menangkap ikannya (4) ____________ lain lalu pergi ke laut.  Dia (5)___________ sampan dengan dua orang kawannya.

Karangan Jenis Autobiografi(Latihan 3)


Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Basikal”

Pengenalan
-berasal dari Jepun
-dibuat di sebuah kilang besi waja
-terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2
- disebut basikal
-dipamerkan
-berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3 
-menaiki sebuah kapal dagang
-berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4
-nasib malang
-kapal karam
-dijumpai oleh penyelam
-dijual sebagai besi buruk
Penutup
- menjadi bahan terbuang
-kesal kerana tidak dapat berbakti

Tatabahasa(Latihan 2)

Bahagian A: (5 markah)
Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.

1.Sultan Mahmud sedang beradu dengan lenanya. 
(a)makan
(b)duduk
(c)membaca
(d)tidur

2.Almari usang itu diselaputi habuk. 
(a)pasir
(b)kotor
(c)debu
(d)asap

3.Rumah bururk itu hampir roboh
(a)jatuh
(b)condong
(c)rebah
(d)senget

4.Cik Munah pergi ke bandar dengan menaiki kereta. 
(a)desa
(b)kota
(c)dusun
(d)kebun

5.Adik tersentak apabila terdengar guruh di langit. 
(a)kilat
(b)awan
(c)ribut
(d)guntur

Soalan Kefahaman Bahasa Melayu Tahun 4(Latihan 1)


Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa
dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam-macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang
ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita-cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu
barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang
dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau
membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat-cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak
pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena
masuk penjara pula!

Soalan:

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
 (a) Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
 (b) Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
 (c)Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
 (d) Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
 (a) menakutkan
 (b)menggemparkan
 (c)menghairankan
(d)  menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
 (a) ular sawa menelan gajah
 (b)ular sawa menelan kambing
 (c) ular sawa menelan ayam
 (d)ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana
mencedera atau membunuh ular sawa?
 (a)Denda sehingga RM3 000
 (b) Dikenakan hukuman penjara.
 (c)Dihukum penjara dan denda RM3 000
 (d)Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
 (a) hukumannya sangat berat.
 (b) ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
 (c)kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
 (d) kita boleh dihukum penjara.