Wednesday, February 8, 2012

Latihan 8

Tonton video di bawah ini dengan teliti.Kemudian,jelaskan isi tersirat yang ingin disampaikan dalam Pantun Budi tersebut.

Latihan 7

Tonton video di bawah ini dengan teliti.Kemudian,jelaskan mengapa abah Aiman tidak menunaikan permintaan-permintaan Aiman.





LATIHAN 6


Tonton video di bawah ini dengan teliti.  Kemudian,senaraikan tiga pengajaran yang boleh didapati daripada video tersebut.




Thursday, February 2, 2012

Latihan 5



Setiap butiran di bawah ini mengandungi dua ayat tunggal.  Sambungkan ayat-ayat itu dengan kata penghubung yang sesuai supaya menjadi satu ayat yang betul.  Tuliskan jawapan kamu itu di ruangan yang disediakan.

1     John suka main bola sepak.  Gopal suka main bola sepak.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________

2     Hasnah menangis.  Wang perbelanjaannya telah hilang.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________

3     Loceng telah berbunyi.  Ramai murid masih makan.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________
4     Ikan itu masih hidup.  Ikan itu sudah mati.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________

5     Saya akan pergi ke rumah awak.  Saya ada masa lapang.

       __________________________________________________________

       __________________________________________________________

Latihan 4

Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima tempat kosong.  Tuliskan perkataan yang paling sesuai untuk setiap tempat kosong itu bagi melengkapkan jalan ceritanya.

      
       Ada seorang nelayan.  Rumahnya di sebuah kampung di tepi (1)____________.  Pagi-pagi lagi dia sudah bangun.  Dia (2)____________ kopi dan makan roti.  Selepas itu (3)____________mengambil jala dan alat-alat menangkap ikannya (4) ____________ lain lalu pergi ke laut.  Dia (5)___________ sampan dengan dua orang kawannya.

Karangan Jenis Autobiografi(Latihan 3)


Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Basikal”

Pengenalan
-berasal dari Jepun
-dibuat di sebuah kilang besi waja
-terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2
- disebut basikal
-dipamerkan
-berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3 
-menaiki sebuah kapal dagang
-berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4
-nasib malang
-kapal karam
-dijumpai oleh penyelam
-dijual sebagai besi buruk
Penutup
- menjadi bahan terbuang
-kesal kerana tidak dapat berbakti

Tatabahasa(Latihan 2)

Bahagian A: (5 markah)
Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.

1.Sultan Mahmud sedang beradu dengan lenanya. 
(a)makan
(b)duduk
(c)membaca
(d)tidur

2.Almari usang itu diselaputi habuk. 
(a)pasir
(b)kotor
(c)debu
(d)asap

3.Rumah bururk itu hampir roboh
(a)jatuh
(b)condong
(c)rebah
(d)senget

4.Cik Munah pergi ke bandar dengan menaiki kereta. 
(a)desa
(b)kota
(c)dusun
(d)kebun

5.Adik tersentak apabila terdengar guruh di langit. 
(a)kilat
(b)awan
(c)ribut
(d)guntur

Soalan Kefahaman Bahasa Melayu Tahun 4(Latihan 1)


Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa
dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam-macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang
ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita-cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu
barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang
dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau
membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat-cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak
pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena
masuk penjara pula!

Soalan:

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
 (a) Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
 (b) Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
 (c)Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
 (d) Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
 (a) menakutkan
 (b)menggemparkan
 (c)menghairankan
(d)  menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
 (a) ular sawa menelan gajah
 (b)ular sawa menelan kambing
 (c) ular sawa menelan ayam
 (d)ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana
mencedera atau membunuh ular sawa?
 (a)Denda sehingga RM3 000
 (b) Dikenakan hukuman penjara.
 (c)Dihukum penjara dan denda RM3 000
 (d)Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
 (a) hukumannya sangat berat.
 (b) ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
 (c)kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
 (d) kita boleh dihukum penjara.